Aktiviti

Aktiviti Surau Al-Muttaqin 2018

1. Solat Zohor Berjemaah Tahap II Tahun 4, 5 dan 6.

Program Solat Berjemaah di laksanakan setiap hari untuk murid Tahap II bermula Ahad hingga Khamis dengan sistem giliran bagi setiap tahun 4, 5 dan 6. Kelas yang ditetapkan pada hari berkenaan akan bersama guru penasihat yang dilantik untuk Solat Berjemaah di surau sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual Solat Berjemaah.

2. Solat Dhuha dan Bacaan Ma'thurat Tahun 6.

Setaip hari Isnin murid Tahun 6 akan menunaikan Solat Dhuha dan bacaan Ma'thurat bersama guru yang mengajar kelas berkenaan sebagai satu rutin mingguan untuk memohon keberkatan dalam menuntut ilmu pengetahuan.

3. Bacaan Yasin UPSR 2018

Majlis ini diadakan dengan tujuan memohon keberkatan Ilahi untuk murid yang akan menduduki UPSR pada tahun ini semoga diberi ketenangan serta kelapangan dalam menuntut ilmu dan keselamatan semasa menduduki peperiksaan nanti.

4. Aktiviti Aqil Baligh 2018
Kem Aqil Baligh Tahun 6 2018, Pengurusan Jenazah yang dilaksanakan oleh Al Fadhil Ust Nayan di Surau Al Muttaqin anjuran Panitia pendidikan Islam bersama Badan Bimbingan & Kaunseling SKHNG, sebagai pendedahan awal kepada pelajar Tahun 6 persediaan menghadapi alam dewasa.
 




  

No comments:

Post a Comment