Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam merupakan salah sebuah sekolah daripada sekolah-sekolah dalam PKG Yan dan merupakan sekolah dalam kumpulan sekolah-sekolah dibawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan. Sekolah ini dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Laki-laki Yan kemudian bertukar kepada Sekolah Rendah Yan dan sekali lagi bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Hj. Nyak Gam, sempena nama Wakil Rakyat Pertama Daerah Yan. Sekolah ini diantara sekolah yang awal ditubuhkan di daerah Yan.
Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini terdiri daripada sebuah bangunan kayu dan sebuah dewan kayu untuk kegunaan warga sekolah dan masyarakat setempat, dengan perubahan masa landskap bangunan sekolah ini juga turut mengalami proses tranformasi seiring dengan perubahan masa,dimana bangunan kayu bertukar kepada bangunan konkrit dan separuh kayu, dewan sekolah juga dibina dengan dewan konkrit untuk menggantikan dewan kayu yang lama dengan dewan yang besar dan cantik. Disamping itu juga terdapat sebuah surau hasil derma dan sumbangan masyrakat setempat termasuk PIBG untuk kegunaan warga sekolah dengan diberikan nama Surau Al-Muttaqin yang bermaksud "orang-orang yang bertakwa" dengan harapan akan melahirkan pelajar sebagai seorang insan yang bertakwa serta berguna kepada agama, bangsa dan negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Surau sedia ada adalah sebuah bangunan surau lama yang agak uzur dan pihak sekolah sedaya upaya mencari dana untuk membuat penambahbaikan, alhamdulillah dengan sumbangan seorang tokoh korporat dari Merbok, Sg. Petani telah memberikan sumbangan sebanyak RM8000.00 untuk proses baik pulih dan ianya telah dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk memberi keselesaan kepada pelajar dan kakitangan menunaikan solat disurau sekolah. Sumbangan tadi telah digunakan untuk membina tempat mengambil wuduk berasingan untuk lelaki dan perempuan, setinggi penghargaan dirakamkan kepada tokoh korporat berkenaan yang sudi memberikan sumbangan di atas inisiatif beberapa orang guru dari sekolah ini...hanya Allah yang boleh membalas budi dan jasa kalian.
Kedatangan Tan Sri Dato Hanafiah b. Nyak Husain, mantan ahli parlimen Jerai era 70an telah memberi sinar baharu dalam proses pembinaan Surau Al-Muttaqin, SKHNG.
Kedatangan Tan Sri Dato Hanafiah b. Nyak Husain, mantan ahli parlimen Jerai era 70an telah memberi sinar baharu dalam proses pembinaan Surau Al-Muttaqin, SKHNG.
No comments:
Post a Comment