Friday, August 19, 2016


Hasil carian imej untuk bismillahirrahmanirrahim
Hasil carian imej untuk assalamualaikum:khat thuluth

Selamat Datang Ke Weblog Surau Al-Muttaqin SKHNG

Segala pujian dan setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Penghulu Sekelian Anbiya Wal Mursalin, Nabi Muhammad s.a.w kerana dengan limpahan izin dan inayahNya blog ini dapat disiapkan dengan secebis usaha dan kudrat serta kemahiran yang dipinjamkan olehNya kepada hambaNya yang dhoif lagi faqir. Sekalung penghargaan dan jutaan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Tan Sri Dato' Hj. Hanafiah b. Nyak Husain dan seluruh kerabat Nyak Husain, CEO SCOMI dan semua wargakerja,  Pn. Faridah serta suami, En. Abdullah, pihak pentadbir SKHNG, Guru Besar, En. Salehudin b. Hassan, PK Pentadbiran, En. Abdul Wahab b. Hamid, PK HEM, En. Jamal b. Hashim, PK KOKU, En. Mohd Safian b. Ishak, PK Pendidikan Khas, En. Ahmad Izham b. Hj. Ismail. Barisan warga SKHNG serta tidak lupa juga kepada En. Azmizam selaku kontraktor yang diamanahkan menyiapkan Surau Al-Muttaqin SKHNG kerana dapat menyiapkan surau ini dalam jangkamasa yang ditetapkan serta kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak menjayakan projek Surau Al-Muttaqin SKHNG hanya Allah yang selayaknya menilai setiap usaha yang diberikan serta mudah-mudahan kita semua diberi ganjaran pahala yang setimpal dengan usaha yang kita laksanakan...in sha Allah.

Pada kesempatan ini juga saya sekali lagi memanjatkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang utama dana Surau Al-Muttaqin SKHNG kerana sudi memilih kami untuk menerima sebuah pemberian yang tidak terdaya untuk kami usahakannya sebuah surau yang tersergam indah di SKHNG...alhamdulillah syukur padaNya. Sebuah pemberian yang amat bermakna buat kami, sepanjang ingatan kami ingatkan sumbangan yang diberikan hanya untuk pembaikan tanpa diduga kami diberikan sebuah surau baharu yang diluar jangkaan kami.ini kerana surau SKHNG boleh dikatakan agak uzur namun demekian masih boleh digunakan dan pihak sekolah berusaha mencari dana untuk pembaikan, seorang ahli perniagaan telah menyumbang sebahagian dana untuk pembaikan dan ianya telah pun dijalankan namun demekian dengan kudrat dan iradahNya, Tan Sri Datuk Hj. Hanafiah b. Nyak Husain dengan kerjasama pihak SCOMI menawarkan kepada kami sebuah surau baharu...ibarat pepatah "orang mengantuk disorongkan bantal" kami terima dengan hati terbuka dengan dada yang lapang seperti ungkapan sekarang "dalam hati ada taman". Sumbangan ini sangat besar ertinya kepada kami yang tidak dapat kami gambarkan dengan kata-kata kelu seribu bahasa, terharu, sebak dan sebagainya kerana menerima sumbangan untuk pembinaan sebuah surau baharu bagi menggantikan surau yang lama...Subhanallah...


No comments:

Post a Comment